Cari Blog Ini

Isnin, 18 Januari 2010

Pening Lalat jadinya......




Hampir setiap hari ada saja kedengaran isu-isu yang menjadi bualan di dalam negara kita. Isu ekonomi, isu sosial, mahupun isu politik. Setiap berita tidak kira dari arus perdana ka atau arus nda perdana, pro kerajaan..mahupun pro pembangkang masing-masing berlumba-lumba memaparkan isi setiap isu dengan penuh fakta dan pembohongan.

Aku mula pelik..kenapa kebanyakan daripada isu-isu yang kita selalu nampak dalam dada-dada akhbar mahupun mulut-mulut radio berlaku di semenanjung ..kalau ada pun isu yang berlaku di Sabah terlalu sedikit bah kan jarang sekali. Apakah Sabah sudah begitu makmur dan sejahtera sehingga segala isu yang terjadi di Sabah tidak perlu diwar-warkan? Kalau betul pun Sabah sudah makmur dan sejahtera, kenapa Sabah masih dikategorikan sebagai negeri termiskin di 1Malaysia?

Apakah kepimpinan kerajaan yang memerintah Sabah sekarang begitu sempurna sehingga tidak kelihatan cacat celanya? Apakah UmnoBn yang menerajui Sabah sekarang ni adalah Umno tulin yang berjiwa rakyat sehingga rakyat tidak tahu atau tidak nampak di mana kelemahan kerajaan sekarang? Apakah barisan kepimpinan BN sabah sekarang merupakan kumpulan pentadbir bijak sehinggakan semua rakyat Sabah berpuashati dengan pentadbiran yang ada?

Itu dari segi politik... apa pula halnya dengan ekonomi Sabah..khususnya ekonomi rakyat? Ramai sangat kah rakyat sabah yang kaya dan hidup senang sehinggakan tidak perlu dipaparkan berita kesengsaraan rakyat sabah? Banyak kah pelabur yang datang ke Sabah membina kilang-kilang sehinggakan belia dan beliawanis sabahan tiada lagi yang berkejar-kejar ke semenanjung untuk mencari pekerjaan? Apakah kepimpinan kerajaan yang ada sudah menunaikan tugas/tanggungjawap mereka untuk mengeluarkan sabah dari belenggu kehaprakan ekonomi kapitalis? Pernahkah kita menghitung berapa ramai rakyat sabah yang pakai kereta Ninja...atau berapa ramai rakyat sabah yang pakai kancil..atau berapa ramai yang sampai sekarang masih naik bas awam? makmur kah ekonomi sabah ni..sehingga rakyat berdiam diri ...keluh tanpa suara???

Butakah mata rakyat sabah?
atau
mata rakyat sabah telah dibuta kan?

Pekak kah telinga rakyat sabah?
atau
telinga rakyat sabah sudah dipekak kan?

APA SUDAH JADI DENGAN RAKYAT NEGERI KU ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan