Cari Blog Ini

Rabu, 20 Januari 2010

Mana perginya................

(Masjid Datuk Pengiran Galpam, Batu 7, Sdk. : baikpulih yang tak sudah) setelah sekian lama...masih berdiri tanpa kubah...masih berlongkang kan tanah liat.....


Jemaah 5 waktu tak pernah lenggang...solat jumaat ribuan makmum...tegar hati hanya melihat...lalu lalang macam tak berkelibat...

mana PEMIMPIN ??

mana KETUA ??

mana MAKMUM ??

mana JEMAAH ??

Mana perginya KOPRAT ISLAM?...mana perginya JUTAWAN ISLAM?...mana perginya DERMAWAN ISLAM?

MANA HILANGNYA WAKIL RAKYAT ISLAM???

Miskin kah aku kalau membantu?

Miskin kah aku kalau menderma?

Kaya kah aku kalau kedekut?

kaya kah aku kalau tak kisah?

MANA PERGINYA BANTUAN??
MANA PERGINYA PERUNTUKKAN??
BUKAN KAH TANAH AIRKU AGAMA RASMI NYA AGAMA ISLAM??
BUKAN KAH PENDUDUK NEGARAKU MAJORITINYA JUGA BERAGAMA ISLAM??

Mana perginya.............


Keluar saja isu pihak kristian guna kalimah " ALLAH"...seperti berdentum langit mau pecah...seperti meledak lahar berapi...seperti bergegar keris menagih darah...habis rumah-rumah ibadat orang lain dibakar...dilempar...dicaci...dimaki....


Semua pihak bagaikan menjadi hero dalam gelap...masing-masing melontarkan pendapat hujah dan hujah yang tak tentu asalnya...parti-parti politik tanah air...parti kerajaan dan pembangkang masing-masing dengah tulisan dan nukilan yang tak tentu fokusnya dan matlamatnya....para ulama tanahair pulak masing-masing dengan hembusan fatwa ...para professor ligat dengan teorinya...

Besar sangat kah isu ini sehingga semua pihak dengan pendapat? Rosak kah Islam hanya dengan isu ini? Bagaimana pula hal nya dengan isu-isu lain seperti Arak?..Jina?...Murtad?..Syirik?..Rasuah? atau isu MASJID YANG DAIF DI SELURUH PELUSUK KAMPUNG?

Kenapa dengan isu kalimah "Allah" semua pihak menjadi "biawak"? gabrah tak tentu pasal ...tak senang duduk...tak senang berdiri? Islamik sungguh kah "mereka-mereka" yang tampil mempertahankan isu ini? Tapi kenapa dengan isu-isu yang lebih teruk dan parah,..semua dok tunduk macam ayam sakit dah nak mampos!!!

Mana perginya pemimpin-pemimpin politik negara bila makin ramai anak muda Islam terjebak dalam perbuatan keji ...arak..jina..judi...? cukup kah hanya setakat paparan 999, atau majalah 3@4...setiap minggu? kenapa tak jadikan isu ini seperti isu Kalimah Allah?

Mana perginya para pemimpin dan ulamak-ulamak (yang tiba-tiba bangkit cuba menjadi hero dengan isu kalimah Allah) bila ada masjid-masjid seperti di atas memerlukan dana pembaikan atau seumpamanya?

Tahu kah mereka berapa ramai umat Islam 1Malaysia yang murtad setiap hari?

Tahu kah mereka berapa ramai anak-anak muda Islam dan Emak Bapak Islam 1Malaysia yang berzina, berjudi, minum Arak dan Syirik setiap hari?

Apakah isu-isu ini tidak sepenting isu Kalimah Allah?


SEMUA AUTa....

SEMUA BACUL!!

AKU TAU APA YANG KALIAN MAU!!

AKU TAU APA YANG KALIAN KEJAR!!

AKU JUGA TAU APA KALIAN BUAT!!










3 ulasan:

  1. Salam

    Benar saudara. Keadaan ini menunjukkan kekuatan ekonomi islam di negara ini masih kurang terutamannya aset2 melayu islam belum pun melebihi 18%. Adalah amat daif dan sedih sekali jika tidak ada usaha untuk membangunkan masjid ini memandangkan kedudukkan Masjid Pangiran Dato Galpam yang terletak di laluan utama jalan menuju ke bandar sandakan. Sepatutnya keadaan masjid ini perlu berada di tahap yang terbaik dan melambangkan keagungan agama islam di sandakan terutamannya.
    p/s Saudara, Saya sering menunaikan solat jumaat dan aidul adha di masjid ini.

    BalasPadam
  2. apakah puncanya?
    mungkin masjid ini bukan membawa kepentingan kepada 'mereka' melaikan kepeningan.

    -salam..terserempak blog ini dicelah2 laluan internet-

    BalasPadam
  3. Dari restoran Asam Pedas, gua dapat lihat masjid ini... :)

    BalasPadam