Cari Blog Ini

Rabu, 10 November 2010

salam kembali...

lama sudah tidak ke ladang, rindu sudah pada sang bendang...
aku hilang kembali pulang..
memerhati alam yang kian hilang...

Rabu, 20 Januari 2010

Mana perginya................

(Masjid Datuk Pengiran Galpam, Batu 7, Sdk. : baikpulih yang tak sudah) setelah sekian lama...masih berdiri tanpa kubah...masih berlongkang kan tanah liat.....


Jemaah 5 waktu tak pernah lenggang...solat jumaat ribuan makmum...tegar hati hanya melihat...lalu lalang macam tak berkelibat...

mana PEMIMPIN ??

mana KETUA ??

mana MAKMUM ??

mana JEMAAH ??

Mana perginya KOPRAT ISLAM?...mana perginya JUTAWAN ISLAM?...mana perginya DERMAWAN ISLAM?

MANA HILANGNYA WAKIL RAKYAT ISLAM???

Miskin kah aku kalau membantu?

Miskin kah aku kalau menderma?

Kaya kah aku kalau kedekut?

kaya kah aku kalau tak kisah?

MANA PERGINYA BANTUAN??
MANA PERGINYA PERUNTUKKAN??
BUKAN KAH TANAH AIRKU AGAMA RASMI NYA AGAMA ISLAM??
BUKAN KAH PENDUDUK NEGARAKU MAJORITINYA JUGA BERAGAMA ISLAM??

Mana perginya.............


Keluar saja isu pihak kristian guna kalimah " ALLAH"...seperti berdentum langit mau pecah...seperti meledak lahar berapi...seperti bergegar keris menagih darah...habis rumah-rumah ibadat orang lain dibakar...dilempar...dicaci...dimaki....


Semua pihak bagaikan menjadi hero dalam gelap...masing-masing melontarkan pendapat hujah dan hujah yang tak tentu asalnya...parti-parti politik tanah air...parti kerajaan dan pembangkang masing-masing dengah tulisan dan nukilan yang tak tentu fokusnya dan matlamatnya....para ulama tanahair pulak masing-masing dengan hembusan fatwa ...para professor ligat dengan teorinya...

Besar sangat kah isu ini sehingga semua pihak dengan pendapat? Rosak kah Islam hanya dengan isu ini? Bagaimana pula hal nya dengan isu-isu lain seperti Arak?..Jina?...Murtad?..Syirik?..Rasuah? atau isu MASJID YANG DAIF DI SELURUH PELUSUK KAMPUNG?

Kenapa dengan isu kalimah "Allah" semua pihak menjadi "biawak"? gabrah tak tentu pasal ...tak senang duduk...tak senang berdiri? Islamik sungguh kah "mereka-mereka" yang tampil mempertahankan isu ini? Tapi kenapa dengan isu-isu yang lebih teruk dan parah,..semua dok tunduk macam ayam sakit dah nak mampos!!!

Mana perginya pemimpin-pemimpin politik negara bila makin ramai anak muda Islam terjebak dalam perbuatan keji ...arak..jina..judi...? cukup kah hanya setakat paparan 999, atau majalah 3@4...setiap minggu? kenapa tak jadikan isu ini seperti isu Kalimah Allah?

Mana perginya para pemimpin dan ulamak-ulamak (yang tiba-tiba bangkit cuba menjadi hero dengan isu kalimah Allah) bila ada masjid-masjid seperti di atas memerlukan dana pembaikan atau seumpamanya?

Tahu kah mereka berapa ramai umat Islam 1Malaysia yang murtad setiap hari?

Tahu kah mereka berapa ramai anak-anak muda Islam dan Emak Bapak Islam 1Malaysia yang berzina, berjudi, minum Arak dan Syirik setiap hari?

Apakah isu-isu ini tidak sepenting isu Kalimah Allah?


SEMUA AUTa....

SEMUA BACUL!!

AKU TAU APA YANG KALIAN MAU!!

AKU TAU APA YANG KALIAN KEJAR!!

AKU JUGA TAU APA KALIAN BUAT!!










Isnin, 18 Januari 2010

Pening Lalat jadinya......




Hampir setiap hari ada saja kedengaran isu-isu yang menjadi bualan di dalam negara kita. Isu ekonomi, isu sosial, mahupun isu politik. Setiap berita tidak kira dari arus perdana ka atau arus nda perdana, pro kerajaan..mahupun pro pembangkang masing-masing berlumba-lumba memaparkan isi setiap isu dengan penuh fakta dan pembohongan.

Aku mula pelik..kenapa kebanyakan daripada isu-isu yang kita selalu nampak dalam dada-dada akhbar mahupun mulut-mulut radio berlaku di semenanjung ..kalau ada pun isu yang berlaku di Sabah terlalu sedikit bah kan jarang sekali. Apakah Sabah sudah begitu makmur dan sejahtera sehingga segala isu yang terjadi di Sabah tidak perlu diwar-warkan? Kalau betul pun Sabah sudah makmur dan sejahtera, kenapa Sabah masih dikategorikan sebagai negeri termiskin di 1Malaysia?

Apakah kepimpinan kerajaan yang memerintah Sabah sekarang begitu sempurna sehingga tidak kelihatan cacat celanya? Apakah UmnoBn yang menerajui Sabah sekarang ni adalah Umno tulin yang berjiwa rakyat sehingga rakyat tidak tahu atau tidak nampak di mana kelemahan kerajaan sekarang? Apakah barisan kepimpinan BN sabah sekarang merupakan kumpulan pentadbir bijak sehinggakan semua rakyat Sabah berpuashati dengan pentadbiran yang ada?

Itu dari segi politik... apa pula halnya dengan ekonomi Sabah..khususnya ekonomi rakyat? Ramai sangat kah rakyat sabah yang kaya dan hidup senang sehinggakan tidak perlu dipaparkan berita kesengsaraan rakyat sabah? Banyak kah pelabur yang datang ke Sabah membina kilang-kilang sehinggakan belia dan beliawanis sabahan tiada lagi yang berkejar-kejar ke semenanjung untuk mencari pekerjaan? Apakah kepimpinan kerajaan yang ada sudah menunaikan tugas/tanggungjawap mereka untuk mengeluarkan sabah dari belenggu kehaprakan ekonomi kapitalis? Pernahkah kita menghitung berapa ramai rakyat sabah yang pakai kereta Ninja...atau berapa ramai rakyat sabah yang pakai kancil..atau berapa ramai yang sampai sekarang masih naik bas awam? makmur kah ekonomi sabah ni..sehingga rakyat berdiam diri ...keluh tanpa suara???

Butakah mata rakyat sabah?
atau
mata rakyat sabah telah dibuta kan?

Pekak kah telinga rakyat sabah?
atau
telinga rakyat sabah sudah dipekak kan?

APA SUDAH JADI DENGAN RAKYAT NEGERI KU ???

MANA TAK...

aku benci....

"aku boleh bagi kau job ni..tapi kau mesti faham win win bro"

aku tidak suka....

" ramai sgt yg nak kerja ni tapi dgn kau boleh la..cuma ko kena paham org atas"

aku meluat....

" ko tolong atur payment aku cepat...pandai la aku bagi nnti "

KIRI KANAN...DEPAN BELAKANG...ATAS BAWAH...RASUAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

MANA TAK ...
BANGUNAN RUNTUH,

MANA TAK ...
JAMBATAN ROBOH,

MANA TAK ...
STADIUM MUSNAH,

MANA TAK ...
ENJIN HILANG,

MANA TAK ...
HARGA BARANG MCM ROKET,

MANA TAK...MANA TAK...MANA TAK = RASUAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH